Tuesday, December 1, 2009

Korban Lembu

Lambat skit nak entry kali ni, bz juga minggu ni, aku kena siapkan laporan seurang-kurangnya untuk bulan Oktober ni sebelum aku bercuti. kali ni entry pasal Hari Raya Korban yang diadakan di PPKKS, pada 30 hb Nov ari tu kami ada mengorbankan seekor lembu jantan yang besar untuk PPKKS khasnya untuk kanak-kanak disini. Sangat bagus, kerana semua kakitangan PPKKS turun menyertai walaupun pada waktu bercuti lagi. ini sedikit gambar yang sempat dikongsikan.

Read more...

Saturday, November 28, 2009

Pansuh Patin

Semalam kawan aku dan isterinya masak ikan patin dalam buluh/ menggunakan buluh ataupun PANSUH. wah, dah lama aku mengidam Patin Pansuh ni. Sedap...dia campur patin tersebut dengan pucuk ubi.
  • Saritu mansuh jani kami.

Read more...

Thursday, November 26, 2009

Balik dari Perak

Sudah seminggu berkampung di UITM Perak, aku ditugaskan mengambil gambar pertandingan Tilawah dan Nasyid Peringkat Kebangsaan. Johan Keseluruhan adalah Negeri Kelantan. Johan Nasyid adalah dimenangangi oleh Negeri Perak. Letih juga rasanya, hari ini aku ambil cuti rehat sehari, sebab esok aku kerja, manakala member Muslim yang lain banyak bercuti sempena Aidil Adha esok. sedikit jer gambar dapat upload kali ini, belum ada masa. Ramai juga aku jumpa kawan-kawan kursus disana, diantaranya adalah, Sam, Irwan, Safrul, Sarip, Ida, Pak cik Aer, Fadzil, Anis dan juga si Nonie. nice to see u all.
Di Lost World Tambun WaterparkDalam sampan di tasik Gunung Helang Rumah Kampung di Gunung Helang, sangat sesuai untuk sesi photografi kahwin. Ikan Pekasam Perak yang popular di sana
Banyak ikan dalam tasik ni, Kelah besar-besar, Patin dan ikan koi dan banyak lagi

Read more...

Friday, November 20, 2009

Ke Perak Seminggu!

Esok aku pegi ke Perak menyertai rombongan dari JKMN Selangor yang menyertai pertandingan Tilawah dan Nasyid Peringkat Kebangsaan Institusi dan PKMD di bawah JKM, aku ditugaskan mengambil gambar sepanjang 5 hari kat situ khas untuk bebudak kami yang mewakili Selangor. Pertandingan akan diadakan di UITM Seri Iskandar, Perak. Semua negeri akan menyertai pertandingan ini mulai 21-25 hb November ini, so jarang la nanti nak update blog, anyway..harap-harap dapat jgak enjoy la ngan tugas sambil dapat jgak jalan2 di kawasan sekitar Perak nanti.

Read more...

Sunday, November 15, 2009

Cares Bowl for Charity 2009

Semalam selepas habis menghadiri Karnival Warga Emas di Cheras kami terus ke Megalane di Endah Parade untuk menghadiri dan menyertai Permainan Bowling, dan kami adalah tetemu VVIP yang diundang khas oleh TERAS sebagai membantu kami mencari Fund untuk membeli PC untuk kanak-kanak kami. Semua line bowling telah penuh disewa oleh TERAS disertai pelbagai syarikat dan persatuan-persatuan. Program ini dinamakan Cares Bowl for Charity 2009 khas untuk Institusi kami dan dirasmikan oleh pengerusinya, terima kasih yang tidak terhingga kepada Teras yang mengambil berat tentang kebajikan kanak-kanak kami.
Aku ngan Vasu sebelum permainan dimulakan.
Vasu dengan magiknya menggigit bola bowling itu.
Nazri dan Elias
Latip ngan aku, berposing ngan bola bowling, tapi tak main, kanak-kanak jer yg main.
Tabung khas yang disediakan bagi kutipan derma untuk PPKKS
En Elias menerima cenderahati daripada Pengerusi Teras.
Poster khas yang dibuat oleh Teras.

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Karnival Warga Emas 2009

Semalam kami turut dijemput untuk hadir bersama meraikan Karnival Wagra Emas sempena Hari Warga Emas Kebangsaan 2009 di Taman Pudu Ulu, Jln Pudu Perdana, Cheras KL. Hari Warga Emas tahun ini bertemakan "Kesepaduan Antara Generasi". Karnival ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pemabangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dan turut serta adalah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Y.Bhg Dato' Meme Zainal Rasyid. Semua Instisusi Warga Emas di seluruh negeri turut hadir dan juga NGO turut dijemput menyertai karnival ini. Pelbagai acara yang diadakan untuk meraikan Warga Emas seperti Senam Seni 1 Malaysia, Larian Amal Inter-Generasi yang disertai oleh seorang warga emas dan dua orang ahli keluarganya samada anak dan cucunya di dalam setiap kumpulan yang dilepaskan oleh Ketua Pengarah JKMM. Disamping itu pelbagai acara sukaneka, Karaoke lagu 60-an, Persembahan Kebudayaan, Live Band, pertandingan mewarna daripada kanak-kanak, Demo Penjegahan Jenayah oleh Kontijen Pulapol dan Persembahan Artis Variasi 60'an oleh Dato' A. Rahman Hassan.

Senam Seni 1 Malaysia bersama Timbalan Menteri KPWKM, YB Sen. Datin Paduka Chew Mei Fun
Bowling Kelapa
Karaoke lagu 60'an
Bersama Dato A.Rahman Hassan, Artis Variasi 60'an.
Larian Amal Inter-Generasi yang diwakili oleh, warga tua dan dua orang anaknya setiap satu kumpulan.
  • Klik pada gambar untuk tatapan gambar lebih jelas dan besar. Terima kasih.

Read more...

Friday, November 13, 2009

Bakul Kreatif dari Suratkhabar

Pernahkah anda melihat sebuah bakul atau pasu yang diperbuat daripada suratkhabar lama. Pernahkah anda terfikir? ini adalah sedikit hasil ciptaan kakak ipar aku di Miri tempohari, dah lama dah gambar ni, cuma aku tak ingat nak entrykan kat sini. So mari kita melihat prosesnya..
  • Pertama, ambil sekeping news lama yg dipotong, dan digulung padat serta kecil, kemudian di gam. ukuran panjang, adalah terpulang.
  • Kemudian anyamkan mengikut citarasa anda sendiri, bergantung kepada apa yang anda hendak hasilkan, samada bakul atau pasu.
  • Kemaskan anyaman anda dan ianya siap dengan sangat mudah...
  • Selepas proses pengemasan, serta memtong lebihan hujung, catkan hasil karya anda menggunakan cat sylek.
  • Selepas siap dicat, keringkan hasil anda sehingga kering. Gunakan cat sylek kerana ia membantu karya anda menjadi keras dan kalis air. dan ianya siap. TERHASILAH KARYA ANDA, LETAKAN IA SEBAGAI HIASAN ATAU KEGUNAAN MEYIMPAN BARANG. Jadikan bahan-bahan tidak terpakai menjadi satu bahan yang berfungsi dari sudut yang lain, atau RECYCLE.
Bahan-Bahan untuk membuatnya adalah:
  1. Surat Khabar lama
  2. Gam Kertas
  3. Cat Syelek

Read more...

Thursday, November 12, 2009

Memory di PJB 2000

Ini adalah satu-satunya gambar kesayangan aku yang menghimpun kesemua wajah-wajah member-member ketika menuntut di Politeknik Johor Bahru pada tahun 2000 dahulu. Memori yang pastinya sangat indah bersama kawan-kawan dalam menempuh cabaran sebagai student grafik yang sememangnya memerlukan banyak perbelanjaan yang menyebabkan kami semua berikat perut demi menuntut ilmu. Ada seorang kawan kami dulu terpaksa memakan tisu yang direndamkan dengan air milo gara-gara tidak ada duit nak beli makanan, dan kami terpaksa mengumpul duit bersama biar dapat makan bersama hehe.....

Read more...

Hantu Upih Pinang!

Cuba korang perhatikan gambar pelik ini, sungguh aneh dan unik CiptaanNya....ini semulajadi dan bukannya Photoshop, dan ianya bukanlah hantu. Pernah ker anda melihat upih pinang macam ni?

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Tengkorak Alien Dijumpai!!

Petang tadi, aku duduk di pejabat lalu didatangi oleh beberapa orang budak, mereka membawa sesuatu yang mereka rasa pelik, termasuk aku rasa pelik apabila melihat benda tu, benda tu adalah sebiji tengkorak kecik yang berbentuk luar biasa. Tengkorak tu kecil jer, dan ianya bukan tngkorak kucing, burung, tupai atau tikus, dan bukan juga tegkorak ular atau katak, ia bukan juga tengkorak anjing atau ikan. Bentuknya pelik dan tidak pernah dilihat tengkorak seperti itu. akibat perasaan hairan dan rasa pelik so, aku ambik gambar menggunakan canon ixus 70 aku dan blogkan kat sini. Budak-budak jumpai objek ini kat padang ketika bermain bola tadi. jika kekawan yang tau tengkorak apakah ini, tolong nyatakan.....ataupun ianya tengkorak PREDATOR!

Read more...

Tuesday, November 10, 2009

Nasi Daun Pisang

Lunch tadi, aku ikut kawan Indian aku pegi lunch kat Rawang, mereka ajak aku try makan nasi tersebut, so dengan terujanya aku pun memang nak jugak. Inilah 1st time aku makan nasi daun pisang tu, sedap jugak, cuma spoil ler nasi dia tu tadi, macam mentah jer....atau tak cukup masak.

Read more...

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

About This Blog

Em, tiada yang menarik mengenai blog aku ni, hanya menceritakan sedikit keadaan dan apa yang aku nampak, dan ingin mengongsikan ia bersama anda semua. Hidup ini adalah sangat sunyi jika kita tidak menceritakan dan meluahkan segalanya bagi menyampaikan isi hati. Selain berbual dengan NYA, kita mungkin tidak sempat dan hadapi kesuntukan masa hendak berbual dengan yang tersayang dan teman, so disinilah tempat meluahkan segala cerita dan gambar yang sempat aku kongsikan.

Followers

Selamat Hari Merdeka ke-52

Kibarkan Jalur Gemilang

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP