Tuesday, January 26, 2010

Perkhidmatan Urut di Miri, "China & Indon Doll",hangat!!

Baru-baru ini pernah keluar di akhbar tempatan di Sarawak mengenai isu "China Doll Massage" tumbuh bagai cendawan di Miri yang menimbulkan keraguan dan kerisauan dikalangan isteri atau suri rumah, kerana banyak di kalangan suami yang sering mendapatkan perkhidmatan tersebut. Selesai waktu kerja pada waktu petang, suami mereka sering balik lewat dan banyak memberi alasan "kerja lebih masa". Saya pernah terbaca mengenai laporan tersebut dari sebuah akhbar tempatan di Sarawak yang menemuramah segelintir isteri/surirumah di Miri yang meluahkan perasaan mereka dan meminta pihak berkuasa menangani isu ini, terutama menahan mereka (perempuan) jika ada menyalahgunakan permit pelancongan/pelawat dari luar negara ini, kerana mereka bimbang jika ada "perkhidmatan lain" yang ditawarkan dan mereka turut menyedari perubahan pada suami mereka. Tetapi pada masa yang sama, dan amat mengecewakan akhbar tersebut juga turut mengiklankan "Perkhidmatan Urut" tersebut secara terbuka di ruangan akhbar mereka.

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Popular Posts

About This Blog

Em, tiada yang menarik mengenai blog aku ni, hanya menceritakan sedikit keadaan dan apa yang aku nampak, dan ingin mengongsikan ia bersama anda semua. Hidup ini adalah sangat sunyi jika kita tidak menceritakan dan meluahkan segalanya bagi menyampaikan isi hati. Selain berbual dengan NYA, kita mungkin tidak sempat dan hadapi kesuntukan masa hendak berbual dengan yang tersayang dan teman, so disinilah tempat meluahkan segala cerita dan gambar yang sempat aku kongsikan.

Followers

test

get this widget here

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP