Tuesday, July 5, 2011

Miri tempat perhimpunan BERSIH 2.0?

Kehadiran beberapa pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak terutama di Miri turut menguatkan lagi spekulasi bahawa Miri bakal menjadi tempat perhimpunan BERSIH 2.0. Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata beliau turut menerima beberapa laporan pengedaran baju kuning dengan tulisan BERSIH dan risalah-risalah untuk perhimpunan itu, Sabtu ini.

“Saya juga mendengar desas-desus bahawa Miri turut menjadi lokasi perhimpunan haram tersebut dan saya juga dimaklumkan bahawa beberapa pemimpin pembangkang turut berada di Miri bagi menyokong BERSIH,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, kira-kira 2,000 orang pelbagai lapisan kaum dan agama di Miri telah membuat laporan polis untuk membantah perhimpunan BERSIH kerana bimbang ia akan menjejaskan ketenteraman awam.

“Saya percaya perhimpunan haram ini disokong oleh parti pembangkang, malah ada di kalangan pemimpin mereka sebelum ini telah ditahan pihak polis, atas sebab itulah mereka hadir pula ke Sarawak untuk adakan perhimpunan haram,” jelasnya.

Ahmad Lai menambah, perhimpunan BERSIH tersebut turut meniru corak politik Thailand di bawah pemerintahan bekas Perdana Menterinya Thaksin Shinawatra untuk menggulingkan kerajaan.

“Kita tidak mahu budaya dari luar ini menular ke Sarawak kerana ia boleh menyebabkan keadaan huru-hara dan rusuhan.

“Sehubungan itu, saya menyeru masyarakat setempat jangan terlibat dalam perhimpunan BERSIH,” jelasnya.

Beliau seterusnya memberitahu, perhimpunan itu juga dilihat sebagai usaha pembangkang untuk merampas kuasa secara kekerasan dengan melibatkan rakyat jelata.

“Saya menyeru orang awam terutama belia dan pelajar agar tidak melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut yang kemungkinan boleh menyebabkan mereka ditahan pihak polis,” ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya pada Penutupan Program Pencegahan Jenayah – Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA), beliau berkata program sedemikian perlu diperluaskan.

“Program ini penting kerana tugas pencegahan jenayah bukan sahaja terletak di tangan pihak polis sebaliknya masyarakat setempat perlu tampil membantu mencegah jenayah dan masalah sosial,” ujarnya.

Menerusi program itu, sukarelawan katanya boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menyebarkan ilmu pencegahan jenayah kepada masyarakat setempat di kawasan masing-masing.

Menurutnya, masalah sosial seperti pembuangan bayi dan sebagainya dapat dielakkan dari semasa ke semasa sekiranya masyarakat juga memainkan peranan dalam pencegahan jenayah.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah LPPKN Sarawak Fizalini Kiprawi.

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Popular Posts

About This Blog

Em, tiada yang menarik mengenai blog aku ni, hanya menceritakan sedikit keadaan dan apa yang aku nampak, dan ingin mengongsikan ia bersama anda semua. Hidup ini adalah sangat sunyi jika kita tidak menceritakan dan meluahkan segalanya bagi menyampaikan isi hati. Selain berbual dengan NYA, kita mungkin tidak sempat dan hadapi kesuntukan masa hendak berbual dengan yang tersayang dan teman, so disinilah tempat meluahkan segala cerita dan gambar yang sempat aku kongsikan.

Followers

wibiya widget

Blog Archive

Follow Me at Aram Ngetu

Pages

test

get this widget here

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP